ROSSA, KINI SIBUK BISNIS KARAOKE

Rossa Siap Luncurkan Album

ROSSA atau nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani, 33, bukan nama asing di Malaysia. Malah kehadirannya di sini disambut baik biar daripada peminat begitu juga rakan selebriti.

Baru-baru ini sempena Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18), Rossa buat kali ketiga berjaya menggondol anugerah menerusi kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang dipersembahkan oleh Artis Luar Negara melalui lagu Ku Menunggu.

Lagu ciptaan Mery LC itu berjaya mencipta hatrik buat Rossa selepas lagu Terlalu Cinta dan Ayat-Ayat Cinta memenangi kategori yang sama pada AIM 15 dan AIM 16.

Namun begitu, ketika anugerah disampaikan Rossa tidak kelihatan. Menuntut penjelasan berhubung isu itu, beberapa soalan diajukan ketika pertemuan singkat di Restoran Pegaga, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini sempena kehadirannya untuk membuat persembahan di Islamic Fashion Festival (IFF) di Kuala Lumpur.

Menurut Rossa, ketika berlangsungnya AIM 18 dia baru saja tiba di Jakarta dan tidak sempat datang ke Kuala Lumpur sempena anugerah itu.

“Namun, Rossa dihubungi oleh teman-teman yang ada di Malaysia yang Rossa menang, memang tidak disangka,” katanya yang mengklasifikasikan lagu itu easy listening, mudah dihafal dan notasi yang cukup bagus.

Siapa Faris?

Ketika pertemuan di restoran itu juga Rossa kelihatan hadir bersama seorang jejaka berpakaian sedondon. Sebelum ini Rossa dan lelaki yang dipanggil Faris itu pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa oleh sebuah majalah popular.

Demi tidak mengeruhkan suasana, Rossa turut menceritakan perihal sebenar hubungan antara mereka berdua.

“Rossa kesiankan orang yang kena gosip (Faris). Kami sebenarnya kawan baik. Rossa kenal orang tuanya sudah lama dan tiada apa-apa antara kami berdua.

“Lagipun, restoran ini (Restoran Pegaga) milik familinya, Rossa pula mudah mesra, semua yang dekat dengan Rossa pasti akan digosipkan,” ujarnya yang menegaskan tidak merancang untuk berpakaian hampir sama ketika sesi temu bual itu diaturkan.

Rossa bagaimanapun memaklumkan Faris seorang yang santai orangnya, keluarganya juga sangat baik dan menegaskan sekeras-kerasnya mereka bukan berpacaran. Status semasa pula katanya: “Single but not available (solo tetapi telah dimiliki).”

Sejak berpisah dengan bekas suaminya yang juga merupakan anggota band Padi, Yoyo pada tahun 2009, Rossa akui lebih selesa bersendirian buat sementara.

“Rossa lebih banyak teman sebagai sahabat, belum ada jodoh lagi rasanya, yang penting Rossa menunggu jodoh yang betul-betul terbaik daripada Allah,” katanya yang juga menjadi juri Indonesian Idol 6.

Diva Karaoke

Dalam pada itu, Rossa juga kini sedang sibuk menguruskan pusat karaoke yang diberi nama Diva Karaoke yang diusahakan oleh beberapa orang rakannya di Indonesia.

Terkini sudah empat buah pusat karaoke miliknya sudah dilancarkan sejak awal tahun ini iaitu di Mangga Besar, Pejaten, Kalibata dan Central Park (paling besar), Jakarta.

Perancangannya, dalam masa tiga tahun akan datang sasarannya sebanyak 40 buah cawangan akan dibuka di sekitar Indonesia.

“Konsepnya adalah karaoke famili, semua orang pasti senang berlatih dan praktikal untuk anak-anak ikut serta.

“Alhamdulillah setakat ini sambutan sangat baik dan kalau boleh Rossa mahu kembangkan dulu di Jakarta, belum ada cadangan untuk buka di Malaysia,” bicaranya yang dilantik sebagai duta Diva Karaoke secara automatik oleh rakan-rakannya.

Album duet

Rossa juga kini dalam proses menerbitkan album duetnya menjelang bulan Mac atau April tahun depan. Album itu bakal menampilkan nama-nama hebat seperti Anuar Zain, Taufik Batisah, Rico Blanco dan Joe Flizzow.

Memandangkan album itu merupakan album duet, maka ada antara lagu-lagu yang dimuatkan mengandungi lirik berbahasa Inggeris dan Mandarin.

“Rossa bertemu sama Abang Anuar (Anuar Zain) ketika konsert di Bukit Jalil dan ketika itu ada musibah berlaku kepadanya.

“Sewaktu ngobrol (berbual-bual) dia mengajak Rossa berduet dalam satu lagu,” cerita Rossa mengenai perkenalannya dengan pemilik trofi Lagu Terbaik AIM 18, Anuar Zain.

Dalam pada itu, Rossa juga usai melancarkan album untuk francais Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mengandungi 14 buah lagu di dalamnya.

Album itu terkandung dua buah lagu ciptaan Joe Flizzow yang dinyanyikan bersama dengan Rossa iaitu One Night Lover dan Jangan Ada Dusta.

Selain itu, lagu solo Rossa berjudul Tak Sanggup Lagi ciptaan Andi Rianto turut dimuatkan dalam album yang diedarkan di KFC sekitar Singapura dan Malaysia.

Twitter Terbaru

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Top Rated

Masukkan alamat surat elektronik Anda untuk mengikuti blog ini dan menerima pemberitahuan tentang tulisan baru melalui surat elektronik.

Bergabunglah dengan 4 pengikut lainnya

%d blogger menyukai ini: